
Sibuk & Penat
Minggu lepas penat, sibuk dan tak cukup tidur.
Friday ada dinner kat Marriot, Sabtu pulak melawat dan lunch di service centre baru. Bukak NST semalam, telinga aku pun tak masuk frame.
Ahad cat rumah.
Ke Alor Setar hari selasa. Balik hari. First time naik ERL. Sebelum subuh bini hantar pi Central. Bini aku ntah gosok gigi ke tidak waktu keluar hantar aku tu.
Hari Khamis, ke Kajang.
Jumaat balik rumah mak. Perempuan yang gila memasak tu, buat tepung pelita. Bawak balik sikit.
Semalam cat pintu rumah pulak. Cantik siol pintu rumah aku, jotun barley white semi gloss. Macam pintu-pintu rumah mat salleh dalam Midsomer Murders ajer.
Ada lagi tiga pintu tak dapat cat semalam sebab cat habis.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|