 |

Minat

Adzim sedang tekun melihat gambar-gambar Cuti sekolah ni Adzim kat lepak ajer lah kat rumah Tok dia. Yelah, sebab omak dia pun lepak rumah Tok.
Malam tadi aku balik tengok dia, Azalea dengan Adela.
Bini takut-takut ajer nak dukung Adela.
Azalea dah tak boleh dipanggil adik lagi, dah start kena panggil kakak.
Selain dari mengikut rupa pakciknya yang hensem, Adzim juga nampak gayanya turut meminati kereta juga seperti pakciknya yang seorang ini. Minat Adzim terhadap kereta nampak semakin menebal.
Adzim suka surf website-website yang banyak menunjukkan gambar-gambar kereta seperti citroen, peugeot, fiat, ferrari dan lain-lain lagi.
Adzim juga mendownload dan menyimpan gambar-gambar kereta yang dia suka. Seperti pakciknya yang meminati kereta dari negara perancis, adzim juga meminati benda yang sama, tapi beliau nampak lebih teruja dengan brand peugeot berbanding citroen.
Pakciknya menerangkan juga yang sebenarnya citroen dan peugeot sekarang ini adalah datang dari kumpulan pengeluar yang sama iaitu kumpulan PSA. Adzim mengangguk-anggukkan kepala apabila mendengar penerangan daripada pakciknya.
Adzim juga menunjukkan koleksi gambar-gambar kereta yang dia suka dekat pakciknya malam tadi.
Selain dari kehenseman dan minat yang mendalam terhadap kereta seperti pakciknya, adzim juga nampaknya mengikut perangai kemalasan tahap maksimum yang ada pada pakciknya untuk membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, mambasuh bilik air. Beliau juga lambat bergerak apabila disuruh membuat satu-satu kerja oleh ayah dan mamanya. Sebagai contoh, pada bulan puasa, apabila adzim nampak tak larat meneruskan puasa, ayahnya menyuruh beliau membuka puasa tetapi dengan syarat beliau harus membantu ayahnya mengerjakan kerja membersihkan rumah. Adzim memilih untuk meneruskan puasa beliau dari makan dan membuat kerja.
Di rumah, pakciknya lebih rela memasak nasik, memasak lauk dari mengerjakan kerja-kerja rumah seperti ini. Skill memasak yang ada pada pakciknya adalah lebih jika hendak dibandingkan dari makciknya. Pakciknya juga sering mengajar makciknya memasak dengan cara yang betul untuk mendapatkan rasa sedap yang maksimum. Maka dengan itu, apabila makciknya memasak makanan, dan membawa makanan tersebut ke ofis beliau, makciknya akan mendapat pujian tahap maksimum juga dari rakan-rakan ofis beliau.
Ini akan menyebabkan makciknya pulang dengan tersenyum puas dan riang. Secara tidak langsung juga pakciknya akan berlagak kerana pakciknya berpendapat bahawa kerana dialah yang makciknya mendapat pujian tersebut.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|