 |

Surat Buat Encik Wenger
Kehadapan Encik Wenger yang amat saya hormati.
Pertamanya, saya ingin meminta maaf kerana tidak menulis surat ini dalam bahasa inggeris mahupun bahasa perancis. Ini adalah kerana bahasa inggeris saya amat tragis, manakala bahasa perancis saya pula haram sepatah saya tak tahu.
Mula-mula ingin teringat juga ingin menggunakan online translation, dari bahasa malaysia ke bahasa perancis, tapi malas lah pula rasanya. Pandai-pandailah Encik Wenger kalau nak baca.
Disini ingin saya luahkan kekecewaan saya pada pukul 3.00 pagi tadi hinggalah ke pukul 6.00 pagi semasa saya menonton espn.
Statistik menunjukkan penguasaan bola sebanyak 64% jika hendak dibandingkan dengan hanya 36% oleh CSKA Moskow. Rembatan ke arah gol pula sebanyak 23 kali jika dibandingkan dengan CSKA Moskow yang hanya mencuba sebanyak 5 kali.
Tapi apalah gunanya semua ini jika seorang pun anak buah encik Wenger tidak dapat menghasilkan barang satu gol pun.
Kecewa betul saya dengan penamat yang cuba dilakukan oleh Henry, Van Persie dan Rosicky.
Gundah gulana saya memuncak apabila adik Fabregas gagal menyudahkan rembatan dengan sempurna setelah berhempas pulas memperdaya benteng pertahanan dan juga penjaga gol.
Saya sedikit gembira bila adik bongsu Walcott dimasukkan, harap-harap dapat membantu mengubah kedudukan yang masih kosong-kosong. Namun harapan tinggal harapan.
Cuma kekecewaan sedikit terubat apabila wisel tamat dibunyikan, sekurang-kurangnya dapatlah juga satu mata, jika hendak dibandingkan dengan pasukan Syaitan Merah yang pulang dengan tangan kosong. Main dengan team korok pulak tu, pun tak boleh menang. Minggu lepas tu bukan main berlagak lagi bila Si Shrek buat hatrik.
Disini saya amat berharap jika Encik Wenger dapat melakukan sesuatu secepat mungkin. Permainan yang sangat cantik tidak memberi sebarang makna jika tiada ada mata dapat dikutip atau hanya satu mata berjaya dikutip.
Harapan saya ini bukan sahaja permainan untuk liga juara malah juga untuk liga inggeris.
Penyokongmu, Atrco
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|