 |

Saya Turut Kecewa
Macam encik technical yang selalu kecewa, aku turut kecewa. Hari ni aku nak luahkan kekecewaan aku.
Aku kecewa dengan sikap sesetengah peniaga pasar ramadhan di Sr* Damansara dan Menara C*tibank.
Tapi kecewa aku taklah sampai nak bunuh diri.
Peniaga pasar ramadhan di Sr* Damansara, kebanyakannya menjual juadah tanpa mengetahui yang juadah mereka rasanya macam sampah.
Kalau laksa tu, kepekatannya sangat sedikit. Kuah laksanya ada yang rasa macam sabun pun ada. Kuih muih rupa ajer yang menarik. Bila makan takda rasa.
Ada sekali beli popia basah, aku pun tak boleh nak kategorikan rasanya masuk dalam rasa tak sedap atau rasa macam sampah.
Tu sebab kawan aku kata baik pi pasar ramadhan kat T*aman Tun. Tapi takder kerja lah aku nak pergi T*man Tun pulak semata-mata nak beli kuih seketul dua. Dia ofis kat situ oklah.
Akibat dari kecewa, sekarang aku dan bini dah agree, untuk langsung tak membeli makanan dari pasar ramadhan yang berdekatan. Lagi sedap masak dengan menggunakan perencah dari Brahim's, rencah masak lemak cili apinya pun sedap.
Kalau kat bawah C*tibank ni pulak, ada peniaga yang berniaga mengambil keuntungan berlebihan dari yahudi. Yahudi jugak yang kena.
Ada ke amik nasik, paru 4 ketul, sayur taugeh dan sedikit udang (Memang sikit) charge sampai RM8.00. Terbeliak jugak mata aku bila dia sebut lapan ringgit tu.
Duit bukanlah persoalan, tapi harga tu biarlah berpatutan dengan apa yang dijual. Adakah kerana aku ni nampak macam keturunan anak raja atau anak jutawan yang dia nak charge aku sampai macam tu. Tak pun anak Donald Trump.
Hari isnin lepas aku beli nasi kandar kat bawah ni jugak, lauk ayam tandoori, sotong (sotong mamak memang besar) dan sayur. Baru RM7.00 dia charge.
Peniaga-peniaga sebegini ada di mana-mana sebenarnya. Last year aku pernah beli sup tulang kat R*hman Putra. Memang betul-betul tulang dibaginya aku. Takder daging langsung. Hirup kuah ajer. Marah betul. Dengan harga RM4.50 tulang seketul. Istighfar aku waktu tu sebab terperanjat.
Berniaga dalam bulan ramadhan, tapi ishhhh...entahlah.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|