
Mengidam Nasi Beriani Gam Yang Betul-Betul Sedap
Kali ni aku betul-betul mengidam nak makan nasi beriani gam johor yang sedap. Meaning yang sedap. Bukan setakat letak ajer "Nasi Beriani Gam Johor" , tapi rasa nak kata nasi beriani pun bukan, nasi minyak pun bukan, nasi tomato pun bukan.
Kebanyakan nasi beriani gam johor yang ada jual kat pasar malam semua tipu belaka. Tak sedap.
Dulu ada satu kedai kat USJ 21. Memang original nasi beriani gam johor. Siap sirap bandung dia campur ice cream soda lagi.
Tapi kedai tu dah tutup. Pindah mana aku tak tau.
Aku mengidam betul ni. Takkan nak pegi Batu Pahat kot nak berbuka nasi beriani.
Sesiapa yang tau kat KL/Selangor ni mana-mana kedai yang ada jual nasi beriani gam johor tolong ler bagitau yea.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|