 |

Balik Dari Sg Petani Dalam Hujan
Balik dari Sg Petani tuhari hujan lebat gila. Boleh bawak kereta dalam 50-60 km/sejam. Pukul 12 malam keluar dari tol Sg Petani Selatan, pukul 5 pagi baru sampai tol Guthrie.
Hujan lebat sampai Bukit Merah. Nak laju sikit pun takut. Tiga kali atrco berhenti. Berhenti kat perhentian ler. Kencing, berak dan minum kopi. Tapi lepas tu buleh dah ler laju sikit.
Bini aku yang janji nak ganti-ganti bawak kereta, memungkiri janji. Sedap ajer tidur. mak kat belakang siap baring berdengkur tido.
Kebanyakannya, driver kereta ajer yang nampak takut. Tapi bas-bas express tu, buleh kata semuanya laju belaka. Takda perasaan takut langsung dalam hati pemandu-pemandunya. Dah ler hujan lebat, banyak air bertakung. Belasah bawak laju.
Ada jugak lah pemandu-pemandu kereta yang berhati kering memandu dengan laju gila dalam hujan lebat tu.
Kerajaan habiskan berjuta ringgit buat kempen keselamatan sempena hari raya. Tapi ramai yang tak peduli. Siap ada yang kata buat apa habis duit juta-juta, lantaklah kalau depa nak mati, matilah.
Tak boleh camtu. Kerajaan habis duit berkempen ada sebab. Rakyat ni kan asset.
Contoh senang, katalah, aku bawak kereta laju, pi langgar satu mamat, mamat ni mati. Rupa-rupanya dia ni satu-satunya heart specialist kat Malaysia ni. Kan dah rugi tu. Tak pasal-pasal nanti kena employ doktor luar. Bila doktor luar, duit pun dah tentu keluar. Itu kalau seorang. Kalau 100 orang mati eksiden? kalau seribu orang mati eksiden?
Tak payah ambik heart specialist lah, ni orang yang tengah menaip ni pun, kalau tak ada, tak bergeraklah cawangan-cawangan yang lain. Dah tu, tentu kampeni mat salleh ni rugi, hilang satu mamat yang very the technical sound. Dah nak kena cari orang lain. Belum tentu boleh replace skill yang ada kat mamat ni.
Kempen ni pun salah satu cara untuk improve the risk, selain dari NCB yang ada kat insurance kereta hangpa tu.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|