Samstag

Saturday gi visit Doktor lagi.

Doktor kata tunggu dululah, jangan beranak cecepat. Baby baru 2 kg kecik lagi. Bini dah tak sakit perut. Doktor pesan, makan biar sikit tapi kerap. Jangan makan benyak nanti leh kena reflux. Doktor pesan lagi, biarlah baby besar, kalau keluar kecik nanti susah nak jaga.

Ok jumpa next week, doktor kata.

Macam biasa buat appointment pagi pukul 9. Mula-mula nurse tu kata dah full, yang ada pun lepas kul 12.30. Tapi sebab aku yang hensem ni yg bercakap dia pun cakap, boleh-boleh takder masalah.

Kak S dah deliver, malam jumaat lagi. Lari ler kejap tengok kat atas. Training pegang baby jap. Abg I kata semua anak dia dia cukur kepala. Nanti rambut baru keluar lagi cantik. Tiap kali aku datang mamat ni asyik rilek jer aku tengok. Takder patient ke.

Waktu balik jumpa ngan Napi + Roza. Ngandung 2nd baby rerupanya. Tapi bukan ler Napi yg ngandung. Haiii...ramai tul orang yang aku kenal + orang yang aku buat-buat tak kenal yang nak bersalin kat sini.

Balik tu singgah Signature Kitchen. Kesimpulannya Signature Kitchen ni kalau buat cabinet ngan depa, waktu bayar orang macam aku ni boleh dapat parkinson siut. Paling tidak dapat epilepsy. Masuk tengok design ajer ler lepas tu keluar.

Lepas tu gi ler Jalan Ipoh. Dapat ler barang memurah. Pandai tul amoi cute tu ngayat. Bini aku cakap, amoi tu suka kat aku, tu sebab dia suka usik aku. Tanya kat mana aku beli selipar aku lah. Siap pegang-pegang aku. Aku bawak balik amoi ni kang baru tau.

Not bad harga kat kedai dia. Stove, hood yg cam chimney tu ngan sink leh dapat dalam 1500. Tapi bukan Teka lah. Teka pun rasanya consider murahlah kat situ. Beza dalam 3-4 ratus. 3-4 ratus pun baik buat menda lain.

Petang hantar bini rumah in-law. Aku gi Ampang menguruskan badan dan perut lagi. Lalu depan SPCA, ada orang buat tunjuk perasaan kot.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan