Kepenatan Otak Ditempat Ramai

Kat radio sekarang tengah main lagu Hand In My Pocket.

Teringat dulu. Pergi konsert dia kat Stadium. Siap beli T-Shirt dia lagi. Lepas tu balik penat tergolek dog. Penat sebab terloncat-loncat.

Aku sebenarnya kurang betul nak pergi tempat yang bersesak-sesak ni especially gi konsert. Tapi tah macam mana boleh pergi lak. Best jugak.

Sekarang ni dah tua-tua ni lagi lah....tua siot gua. Kalau weekend tu malas tul nak keluar gi shopping complex kat KL. Kena pulak kalau keluar tengah hari. Boleh buat bergaduh dengan bini. Bini aku dah naik bosan, balik-balik One-Utama balik-balik One-Utama. Itu belum bab aku ajak dia gi Atria lagi. Lagi tragis. Alasan aku, semua ada kat situ apa. Dekat pun dekat, dari masuk KL meredah jem. Buang masa dan tenaga jek. Kena pulak musim-musim cuti ni.

Sekarang ni bini aku dah paham. Bila dia nak keluar berpoya-poya dia mesti ajak adik dia. Tak nak ajak aku dah. Dia kata senang, nanti kalau keluar ngan aku, aku nak beraklah, nak makan lah, hauslah, panaslah. Unless kalau pi One-Utama dan kawasan sekitar. Berpoya-poya tu maksudnya jalan-jalan tengok-tengok barang, belek-belek barang, masuk kedai keluar balik pastu masuk balik. Bukan semata-mata keluar nak beli itu-ini. Bini aku pulak kalau tengok barang punyalah lama. Sikit-sikit nak gi Sogo. Sampai nak beli famous amos pun kena pergi Sogo. Macam tak der tempat lain. Bukan aku tak tau alasan dia nak gi Sogo tu. Dah sampai Sogo dah tentu dia nak ronda kat jalan TAR. nak tengok tudunglah apa lah.

Macam kawan aku sorang ni, kalau weekend malam ajer suka tul ajak aku gi makan Uptown lah, Hartamaslah. Bawak anak bini. Suka betul dia kat Uptown. Orang dah ler ramai, parking susah. ishhh...tak kuasa gua.

Selalu aku cakap kat dia, aku kalau nak lepak, aku suka tempat yang tak ramai orang, sembang pun seronok, makan pun rasa enjoy. Orang ramai sangat aku jadi macam rimas nanti.

Dia selalu kata aku anti-social. Tapi kan kat hartamas kan ada satu kedai pizza sedaplah. Chef dia pun memang italian. Setakat kedai-kedai pizza franchise ni kirim salam jer lah. Bini aku rerupanya boleh hari-hari melantak pizza kat situ sekarang ni. Baru aku tau.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan