
Year End Sale
Jumaat nih mak gi Singapore gi rumah Pak Long 5 hari. Bini kata pagi tadi nak kirim handbag kat mak sebab sure kat sana dah start Krismas punya sale. Barang sure murah-murah.
Tapi bini aku ni bila aku cakap jangan ler habis duit beli itu beli ini bukan dia amik port pun. Berapa banyak handbag yang dia nak pon aku tak tau.
Tu hari dalam dia mengadu tak ada duit, dia bedal beli satu kemeja RL masa keluar shopping ngan mak. Pandai dia, dia tak nak aku bising dia beli itu-ini dia beli ler baju sehelai kat aku. Aku bila kena rasuah, aku pun senyap ler, especially kalau dirasuah dengan barang-barang RL.
Bila aku cakap aku nak minat kat E30 merah Twincam siap ada sunroof tu dia bising. Kalau dia berpoya-poya bershopping tu tak apa pulak, ada ajer alasan.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|