Post Yang Meng-Upkan Diri Sendiri

Dulu-dulukan masa sekolah zaman aku ada segolongan budak-budak yang sibuk dengan adik angkat, kakak angkat, abang angkat etc. Cikgu angkat ke, pak guard angkat tak ada pulak. ke tukang kebun angkat ke? pembantu makmal angkat ke?

Nak dijadikan cerita adalah dua tiga ekor junior yang nak buat aku abang angkat. Mana datangnyer ler culture benda-benda angkat ni wallahualam.

Aku ni jenis yang tak berapa teruja sangat dengan benda-benda angkat ni. Waktu tu aku lebih teruja dengan melarikan diri dari hostel on weekends, pergi mandi air terjunlah, lari kat rumah member lepak2 sambil masak maggi dan tengok cerita best beramai-ramai, belajar hisap rokok dengan menggunakan botol dan entah apa benda lain tah waktu tu yang aku pikir. Kalau orang lain sibuk berawek, aku pulak entah sibuk apa aku pun tak tau. Tapi bebudak kelas ni especially budak2 perempuan ni sangat teruja dengan benda-benda ni.

Kenalah pulak ada junior lelaki yang comel, mulalah masing-masing menggelinyang.

Nak jadik cerita adalah dua tiga budak kecik perempuan yang nak jadikan aku ni abang angkat. Aku kenal pun tidak. Aku ni nak kata hensem tu tidaklah, tapi manis tu adalah agaknya. Tu yang depa berkenan kat aku. Budak-budak perempuan tu kata antara semua senior aku nampak cute dan innocent. So depa ni pun bagitahulah kat kakak-kakak angkat depa yang satu kelas ngan aku.

Bagi aku, ada adik angkat ke, kakak angkat ke, kena ada komitmen. Yelah, birthday kena bagi hadiah, kalau raya kena wish selamat hari raya etc. Kalau tak buat nanti kecik hati. Lepas tu nanti macam-macam hallah. Aku nengok kawan-kawan baik lelaki ke perempuan sama ajer. Lepas tu kang pulak kena dengar masaalah depalah, kena bagi nasihatlah itulah-inilah. Banyak kerja lain lagi boleh buat. Tapi kawan aku perempuan sorang tu mengconvince aku yang banyak manafaatnya adik angkat ni, dah tu tak baik kecewakan orang katanya. Tah mana dia belajar benda-benda ni. So budak-budak tu pun pakat lah buat appointment ngan aku thru budak kelas aku ni.

Aku pun cakap ok lah. Ahad petang pukul 3.00 petang jumpa aku kat dewan makan. Disebabkan waktu tu otak aku hanya boleh simpan sedikit maklumat, maka aku pun lupa yang aku kena jumpa budak-budak ni. Aku keluar pi mandi air terjun hari tu ngan kawan-kawan aku.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan