 |

Hear Say
Aku ni gemar sangat masuk duduk bercerita pasal politik, isu semasa dan isu-isu yang yang sewaktunya dengannya especially dengan saudara mara. Biasalah, kalau dah berkumpul musim-musim raya ni macam-macam cerita yang keluar. Daripada isu Azahari, ke isu UMNO, lepas tu pulak isu orang PAS sampai ler ke isu lapuk.
Best layan depa ni. Observe perangai orang, especially orang-orang muda yang umurnya baru 20-30 an yang semuanya depa tahu. Yang tua-tua pulak ada yang kalah Ariel Sharon contohnya, macam Israel tu depa yang punya. Macam pernah duduk sana 20-30 tahun. Semuanya tahu pasal Israel.
Depa pun suka layan aku sebab aku ni suka mengangguk, kalau depa cerita aku suka buat muka kagum kat depa. Kalau yang UMNO to bercerita macam depa ni duduk dalam majlis tertinggi, kalau yang PAS pulak bercerita kalah Nik Aziz.
Pernah diriwayatkan sewaktu Imam Shafie sedang menunggang unta, datang seorang pemuda bertanyakan kepada beliau, unta yang beliau tunggang ada berapa kaki.
Dengan bersusah payah Imam Shafie turun dari unta dan mengira kaki unta tersebut. Lalu pemuda itu bertanya, kenapa beliau sanggup turun dan membilang kaki unta tersebut sedangkan sejak lahirnya unta mempunyai 4 kaki.
Lalu Imam Shafie menjawab, Aku bimbang dan takut jika unta ini tidak mempunyai 4 kaki, mana tahu hanya ada 3 kaki sahaja (cacat). Aku ingin lihat dengan mata aku sendiri yang unta ini ada 4 kaki sebelum aku beri jawapan kepada kamu.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|