 |

Sabtu Yang Penuh
Appointment kul 9 pagi. Sampai ajer Dr Fatimah tak ada. Kecewa sungguh. Doktor mana tah yang ganti dia. Tak best langsung doktor tu.
Masa scan, memula dengan konfiden dia cakap baby girl, bila aku cakap lelaki, bersungguh-sungguh pulak dia mengiyakan. Padahal ntah apa yang aku tengok tah yang boleh aku cakap baby boy tu.
Bila bini tanya, waktu pregnant ni, perut sensitif ke, sebab dah dua kali in two weeks dia kena diarrhea. Doktor tu pulak tanya, what do you think?
Lepas tu gi visit aunty N yang baru keluar dari hospital sebab kanser. Macam biasa mak ngan dia nangis sesama kalau berjumpa. Aunty N nampak makin lemah. Waktu anak nombor dua dia kawin tuhari pun, dia kat hospital. Uncle J kata, jangan nenangis, tak baik hiba-hiba ni.
Teringat waktu aku first gi rumah Aunty N ni. Aku ngan ipar kena berbual ngan Uncle J. Tak reti sungguh berbual dengan orang-orang kaya nih.
Uncle J cakap "When I was a GM in Antah, bla...bla..bla..."
Aku dalam kepala pulak pikir, kalau aku camner yea aku nak start berbual...
"When I was a pencacai in UEM..."
Malam pulak ada dinner invitation. Ada Nora. Sebab CEO kampeni tu abang Nora, so ada ler yang familinya yang request extra lagu. Nora kata yang suara sedap runs in the blood. So sebab nak membuktikan abangnya pun mempunyai suara yang sedap, dia pun berduet dengan abang dia.
Terjumpa ngan Delini yang dah dekat 2 tahun tak jumpa. Datang dengan 3 series barunya yang berkilat-kilat. Best betul bila bapak kaya ni. Tak yah kerja kuat boleh pakai beemer. So lepas dinner sembang ler kejap. Delini yang dah tak berboifren selepas tak jadi ngan boifrennya kata kat aku, "nasib baik aku ni lagi tinggi dari kau, kalau tak aku kawin ngan kau ajer."
Iyalah boss...
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|