
Rancangan Malaysia Ke-10
Aku cakap kat bini, nanti bila umur aku dah 40, dah banyak wang, aku nak beli kereta ni. Simpan sampai jadi collectors item. Kiranya pakai untuk sunday drive ajer sekali-sekala.Atau bawak anak-anak aku nanti yang ada 4 orang. 2 lelaki 2 pempuan.
Kereta ni sangat best sebab suspension dia guna hydraulik, so kalau naik teramat lah selesa. Tapi bab maintenance kena ada gaji yang banyak. Even Merc + Jag pun pinjam/pakai guna teknologi suspension kereta ni.
Tapi pun aku dah kira dah, 9 ke 10 tahun akan datang gaji aku rasanya ada ler dalam RM20K ke RM25K, so setakat nak maintain kereta camni kiranya hujung-hujung kuku ajer. Kira macam taik hidung jer lah kalau keluar duit.
Aku cakap lagi kat dia yang aku akan belikan satu mini cooper untuk dia pakai. Barulah nampak stylo. Pempuan pakai cooper. Bukan cooper yang baru tu. Cooper lamalah. Cooper yang baru yang BMW buat tu tak best. Tak original.
Bini aku cakap. mimpi ler mimpi, dah tu dia kata aku ni tak habis-habis aku dengan kereta 2nd hand. Tak sporting langsung...