
Mee Kari Udang
Dah berbulan-bulan kan atrco tak share resepi dengan para pembaca yang budiman.
Resepi mee kari udang ni atrco hadiahkan buat pembaca-pembaca sempena bulan Ramadhan yang mulia ni.
Malam tadi atrco buat mee kari ni, makan sambil tengok Day After Tomorrow (atrco tak gi terawih). Bini pulak tidur awal sebab kepenatan berbuka puasa. maklumlah, makan untuk 2 orang.
Ambil cili merah, cili api, bawang merah, garam, tumbukkan sampai lumat. Siang udang (udang besar ya, jangan udang kertas).
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili merah. Setelah seketika, masukkan udang. Kalau sampai udang kelihatan kemerah-merahan.
Masukkan air, agak-agak nak kuah berapa banyak ya, Kemudian kalau ada sayur sawi masukkan sekali. Baru sedap.
Lepas tu masukkan perencah maggi kari. Kacau dalam 2-3 minit, masukkan pulak maggi.
Bila maggi dah lembut, bolehlah dihidangkan.
P/S: Pagi ni atrco cirit-birit. Agaknya letak cili api banyak sangat.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|