 |

Cerita Meeting
Meeting yang aku suka waktu aku duduk kat kampeni lama aku.
ISO meeting, Every Thursday dari pagi sampai ke petang, setahun.
Kalau kampeni lain ambik masa 3-4 tahun nak ISO, kami dapat certification dalam masa setahun. Tapi bukan dengan SIRIM ler, dengan UKAS. Tapi kerja sampai pukul 3-4 pagi ler. Setakat tidur bawah meja tu standard ler kalau weekend. Memang tak balik rumah. Sleeping bag mmg letak kat ofis. SM aku yang pempuan tu pun balik sampai 3 pagi. Kesian dia, nasib baik ler tak gaduh gila ngan husband dia. Gaduh sikit ajer aku dengar.
Waktu tu aku duduk kat System & Methods. So policy + procedure yang nak diISOkan jatuh ler dalam tanggung jawab Unit aku. Unit aku ni tak ramai. Ada 3 orang ajer. sorang AGM, sorang SM dan sorang handyman (aku ler tu).
Kerja aku senang ajer, duduk ngan Unit head draft P & P + lukis flowchart, pastu presentkan dalam meeting ni. So bila comittee dah agree, dokumenkan benda benda yang sewaktu dengan ISO ni. So biasanya esoknya ajer aku kena ler duduk ngan tiap-tiap HOD/Unit head clarify balik apa yang depa sebut dalam meeting. Pas tu taip balik ler elok-elok procedure, buat ler flowchart kat visio, lepas tu bagi ler kat boss aku untuk amend apa-apa, lepas tu bagi ler balik kat respective HOD untuk verification. Kalau masa audit jadi auditorlah aku. Document Controller pun aku jugak. Photostat policy + procedure aku jugak. Tampal policy kat dinding pun aku jugak. Bukan sikit. Yelah, enviroment pun nak bagi nampak kata kami ni sukaaaa gila kat ISO ni.
Yang bestnya meeting ni bukan apa pun. Walaupun dari pukul 9 pagi dan habis pukul 6 petang, waktu lunch ajer memang confirm makan sedap. Kadang-kadang beriyani gam johor, kadang-kadang nasi ayam kampung Asan kat Taipan, kadang-kadang beriyani kambing sek 15, kadang-kadang burger king whooper yang besar tu. Kesimpulannya makan sedap-sedap ajer lah. Sebenarnya yang bestnya, aku tak payah nak menapak atau start kereta kalau nak pi mentekedarah.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|