 |

Sup + Mengidam
Sup daging/tulang yang sedap adalah sup daging/tulang yang daging/tulangnya direbus selama 6-8 jam. Biar dagingnya relai, tulangnya lembut boleh digigit-gigit dan ditelan sekaligus.
Rempahnya, sama ajer. Kalau buat sup biasanya mak kat rumah akan start rebus daging/tulang pada pukul 11.00 pagi lagi.
Bila aku + bini + kakak + ipar balik kerja kami akan dapat menikmati daging/tulang yang relai+lembut. Maknanya perut tak payah nak proses susah-susah. Usus pun tak perlu bekerja keras.
Sedapnya...minggu ni tengoklah, nak buat sup daging lah.
Sebab selalu sangat tengok Jamie Oliver, bini aku mengidam olive oil pulak. Dia kata kalau goreng sayur, goreng sotong ke mesti sedap kalau pakai olive oil. Pasal mengidam beli ler jugak (bini ler beli). Bini kata nak buat salad ala-ala Jamie Oliver + letak olive oil. Dah ler mahal, sikit pulak tu. Baru berapa liter dah berpuluh-puluh ringgit. Apa bezanya ngan minyak cap buruh aku pon tak tau. Bila makan macam tak ada beza pon.
Tapi ok ler tu. Setakat mengidam nak minyak zaitun tak apa lagi, buat kalau mengidam nak makan daging rusa ke, kambing gurun ke lagi ler payah.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|