 |

Bini Aku Panic Sekejap
Bini aku sakit perut malam semalam.
Malam semalam dia sakit sampai ke pagi. Nak tak nak semalam pagi gi KJMC.
Doktor Ummul tak ada. Gi jumpa Dr Fatimah Najla. Sedap betul nama dia. Fatimah Najla. Baik doktor ni.
Dia tanya, ada bleeding? bini jawab tak ada. Waktu baring sebelum scan dia tekan-tekan perut bini yang buncit. Bila tekan belah kanan kat atas bikini line baru rasa sakit.
Doktor kata ada dua possibility. Mungkin sakit sebab ligament atau appendics. Tapi dia cakap mungkin appendics sebab benda tu localise sebelah kanan ajer. Dah dia gi suruh jumpa Surgeon pulak. Cita-cita untuk ambil half day terpaksa dipanjangkan menjadi fullday.
Aku tanya doktor betul ker kalau setakat based on structure ajer boleh tau samada boleh normal delivery atau c-section. Doktor kata tak jugak, depends on saiz baby, kalau badan kecik pun kalau saiz baby antara 2.5 ke 3.2 ok lagi. Jangan le belum keluar dah 8 kilo. itu dah kira baby gergasi. Camana nak keluar.
Saiz pelvic pun tak boleh kata yang mesti normal atau caesar. Waktu scan dah boleh nampak tulang baby. Doktor kata kalau kaki tak terlipat silap-silap boleh tau jantina. Kalau baby boy dah tentu boleh nampak pistolnya. Doktor cakap don't worry, kalau appendics pun baby tak akan jadi apa-apa.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|