 |

Tak Reti Lah...
Encik M telefon lagi semalam. Masuk semalam dah 3 kali dia cerita pasal ni. Pasal kerja di Utara. Aku sendiri tak tau nak pergi ke tak nak. Offer bagus. Itu pun katanya masih boleh cerita kalau aku tak puas hati.
Aku dekat sini pun baru lagi, takkan dah nak blah kot. Katanya dia tak ada orang lain selain aku (Ini kes Kronisme & Nepotisme-Orang lain ramai lagi yang layak atau lebih layak sebenarnya).
Encik M diletak sebagai HOD disana. Katanya dia lebih senang bekerja dengan kawan-kawan. Dia harap aku dapat pergi. Pagi tadi beritahu bini, bini pulak tak ada masalah, suruh aku pergi tapi tawaran mesti bagus.
Kena start kat sana 1st Jan next year. Kalau pergi jadi weekend husband ler aku gamaknya. Bini aku pulak waktu tu dah bulan keberapa dah. Waktu tu pun dah tentu ler bini aku dah tak larat nak gi kerja sendiri.
Company berhad. Major shareholdernya state government, so tak perlu risau sangat. Sini pulak kampeni omputeh. Ada orang kata dah elok-elok duduk international, nak pi local buat apa. Ada orang kata, kalau pergi boleh buat duit. Lagipun makan, minum dan rumah masih murah di sana. Kalau nak kumpul harta pun boleh. Kat sana banyak harta karun ke?
Oleh kerana IC aku tengah-tengahnya 02, maka lagi gembiralah mereka kalau aku dapat bersama, kata Encik M, kununnya.
Aku pening. Kena buat sembahyang istikharah gamaknya.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|