 |

Malaysia Kita
Isu AP & Dasar UMNO.
Selagi ada UMNO, MCA, MIC selagi tu ler ada unsur perkauman kat negara ni. Dengan kata lain, selagi ada melayu, cina dan india selagi tu ler ada unsur perkauman. Standard ler. Dalam industri aku ni, majoritinya orang cina, rata-rata bisnes dapat/pergi ke kaum yang sama jugak, contohnya.
Katalah, Rafidah tu nama dia Chan Mei Ling, atau nama dia Malini A/P Ramasamy. Mana yang dia dulukan? kaum dia atau kaum lain? Jangan bohong lah. ATRCO bukan berpihak dengan Rafidah, kalau apa yang dia buat tu tak betul, tak betul ler. ATRCO tak cakap dia betul.
Kalau tak nak perkauman, masuk parti komunis.
Kalau nak bagi komen yang membina tak apa ler jugak. Kot-kot bagi idea untuk solve tak apa ler, setakat nak cakap/hentam/kutuk semua orang boleh buat. Anak buah aku Adzim & Adzalea pun boleh buat.
Selain kutuk/hentam apa lagi yang hangpa boleh buat? hangpa yang hentam/kutuk ni pun sama ajer. pegidah...
Bila ada ajer yang tulis menghentam, bukan main lagi yang lain-lain menyokong. Cuba tanya dalam hati sendiri, tak kira ler melayu ke, cina ke, india ke, berapa ramai yang betul-betul jujur, percaya dengan orang tak kira bangsa?
LRT Semalam
ATRCO naik LRT dari Central ke Ampang Park tengah hari semalam. Boleh kata ramai orang. Kena berdiri.
Sampai di Pasar Seni ada 2 orang makcik tua mengigil-gigil masuk berdiri. Nampak macam tak larat nak berdiri.
Satu perempuan muda bertudung terus pejam mata bila nampak makcik dua orang ni, terus buat-buat tidur. ATRCO macam nak tergelak tengok perangai perempuan ni.
Satu lelaki cina yang muda bangun bagi tempat kat makcik sorang ni. Sorang lagi tetap berdiri tak ada orang bagi duduk.
Betul apa iklan yang Yasmin buat dalam TV tu.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|