 |

Berita
Bom.
Orang tak bersalah mati, kena bom.
Banyak kerosakan berlaku, keretapi, bas etc.
Ramai kita bising, terkejut + sedih.
Orang tak bersalah mati, kena bom, kena tembak, kena penjara.
Banyak kerosakan berlaku, kereta, bangunan, rumah etc.
Tak ramai pun yang bising. Ramai yang anggap perkara biasa.
Mungkin sebab tempat kejadian berbeza. Satu dekat kota metropolitan. Satu lagi dekat kota yang diceroboh.
Tapi hakikatnya, orang yang tak bersalah, tetap tak bersalah. Tak kira apa bangsa, apa agama.
Dan hakikatnya jugak, penjahat + pengganas pun datang dari pelbagai bangsa + agama. Miskin.
Tu hari masuk TV kisah satu keluarga makan siput babi, satu pasangan warga emas hidup dalam ceruk hutan. Yang isterinya ada penyakit kulit yang kronik, malu nak keluar dari rumah.
Dua-dua keluarga miskin.
Satu menteri kata, depa ni pilih hidup macam ni. ishhh...
Kesianlah kat anak-anak orang miskin ni, anak-anak kecik ni tak pilih untuk hidup macam ni. Kita ni kalau tak ada sifat kesian dalam diri susah lah. Omputeh kata empathy.
Ada satu senator tanya, mana JKKK kampung, mana ketua kampung, mana JKK masjid.
Selain bantuan duit mungkin ada yang boleh tolong bagi pekerjaan kat orang yang susah macam ni.
Entah ler.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|