Habit

Zaman bujang, rakan sebilik yang juga rakan seofis mempunyai tabiat yang pelik dipagi hari. Bangun pagi setiap hari akan masuk bilik air untuk termenung atau dengan perkataan lain berak sebelum mandi. Biasanya kita yang biasa ni kalau sakit perut baru pergi buang. Tapi tidak dengan mamat sorang ni. Dia akan duduk berejam-rejam dalam bilik air menunggu t***nya gugur.

Akibatnya, kalau dia masuk bilik air dulu, orang selepasnya (siapa lagi kalau bukan aku) kena tunggu macam pergi tunggu durian gugur (Belum bab bila dia dapat sembelit). Akibatnya juga menyebabkan aku kadang-kala terpaksa mandi dalam masa 10 saat (juga dikenali sebagai mandi 4 dalam 1) sebab takut terlambat ke ofis.

Bukak shower, tangan kanan gosok gigi, tangan kiri sabun badan, serentak dengan buang air kecil. Selesai buang air kecil, serentak juga selesai yang lain-lain (Peringatan: Kadang-kala, bukan hari-hari), zaman bujang memang kadang-kadang terlajak tidur.

Kerana nak cepat ke ofis juga, pernah bila reverse kereta terlanggar pili bomba yang menyebabkan airnya keluar memancut. Tapi memang confirm Volvo boleh masuk ketegori kereta kebal, paip pecah, bumper belakang calar macam kena cakar kucing ajer. Kadang-kadang tersinggung juga kenderaan lain (Duduk apartment, parking luar sebab housemate punya kereta baru + mahal).

Akibatnya kereta aku yang sedia buruk, jadi bertambah buruk. Baru-baru ni nampak Volvo buruk aku. Semakin cantik rupanya selepas dijual.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan