The Pretender

Pernah tengok siri The Pretender diTV tak lama dulu?

Satu mamat yang asyik-asyik bertukar kerja. Sekejap jadi pilot, sekejap jadi doktor, sekejap jadi cikgu etc. Mari kita cuba buat apa yang dia buat.

1. Cuba pakai pakaian seragam polis, lengkap dengan pistol dan gari. Pergi berjalan di kawasan perumahan pekerja indonesia. Kemungkinan besar pekerja indonesia (yang haram) akan bertempiaran lari bila anda datang.

2. Cuba pakai pakaian seragam bomba. Pergi ke tempat kebakaran dimana ahli bomba sedang sibuk memadamkan api. Jangan buat apa-apa, duduk kat situ tengok jer ahli bomba bekerja. Silap-silap anda akan dimaki kerana tidak berbuat apa-apa.

3. Cuba pakai jubah doktor. Siap dengan stetoskop dileher. Pergi ke mana-mana hospital. Bawa rakan anda sekali. Duduk berbual-bual dengan rakan anda di emergency room. Agak-agaknya apa yang terjadi? Sudah tentu rasanya nurse dekat situ pun ingat anda seorang doktor yang kuat mengular. Saya ulang, seorang doktor.

4. Cuba pakai pakaian seragam pekerja McD. Pergi ke McD yang paling sibuk. Order makanan dan duduk makan dengan pelanggan yang lain. Lepas makan anda juga boleh berehat selama mana yang anda suka. Paling tidak pelanggan yang lain mesti ingat anda seorang pekerja yang pemalas.

5. Cuba pakai serban. Simpan janggut. Pergi ke mana-mana surau. Rasanya dah tentu bila nak start sembahyang orang akan tolak suruh jadi imam. Silap-silap keluar rumah jer semua orang yang tak pernah bagi salam, akan bagi salam pada anda.

6. Cuba pakai baju yang koyak rabak, seluar koyak sana-sini. Jangan mandi seminggu. Pergi duduk di tepi jalan. Hisap rokok tengok orang lalu lalang. Jalan-jalan masuk kedai sana-sini. Layanan yang bagaimanakah rasa-rasa yang anda akan dapat?

7. Cuba pakai kemeja raoul, tie zegna, seluar armani, kasut bally, pergi bagitahu kat orang yang anda bekerja sebagai driver lori sampah. Rasa-rasanya berdasarkan pakaian anda, orang percaya ke?

Pakaian biasanya mencerminkan siapa kita. Pernahkan anda lihat mat rock buat konsert pakai kain batik? Kalau kita di tak mahu disalah anggap, pakai lah pakaian yang sepatutnya kita pakai. Ada ke CEO yang datang ke office hari-hari dengan bersinglet dan kain pelekat. Pergi meeting dengan kain pelekat. Rasa-rasanya tak ada orang yang nak berurusan dengan dia.

Kesimpulannya, orang akan pandang anda berdasarkan apa yang anda pakai. Janganlah marah kat orang jika orang anggap lain especially jika anda berpakaian yang bukan-bukan. Janganlah keluarkan statement yang menampakkan anda kurang cerdik. Bukan semua orang kenal anda. Anda bukanlah sefamous Britney Spears atau Siti Nurhaliza.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan