Tonsilektomi

Selalu demam, selalu sakit tekak + tonsil bengkak?

Itu tanda-tanda anda ada tonsilitis. Menyakitkan. Jalan terakhir untuk tonsilitis adalah tonsillectomy (Pembedahan membuang tonsil yang bengkak/dijangkiti kuman)

Jika anda ada chronic tonsilitis jangan takut untuk buat tonsillectomy. Sakit sikit jer (tipu ler kalau kata tak sakit langsung). Jangan takut. Suara anda takkan berubah. Kedudukan peti suara dengan tonsil amat jauh dan tak ada kena-mengena (Ada orang cakap kalau buang tonsil, suara jadi sengau atau makin sedap).

Hanya perlu masuk hospital sehari-dua.

Pengalaman membuang tonsil di hospital sekitar tahun 2001. Sampai la ni dah tak pernah sakit tekak.

1. Dapatkan surat rujukan dari klinik untuk jumpa pakar ENT.
2. Admitted pagi, tukar baju, rilek-rilek atas katil sambil berbual-bual mesra dengan nurse.
3. Selepas 2 jam masuk bilik operation. Kena bius. Doktor suruh baca Fatihah. Jangankan nak baca Fatihah, nak sebut pisang pun tak sempat, dah terlelap.
4. Sedar bila nama di panggil. Depa hantar balik ke wad.
5. Bila bius dah habis baru terasa sakit, nak telan air liur pun sakit. Nak bercakap pun sakit. (Tidur hospital satu malam)
6. Besoknya dah boleh balik. Tak sempat nak berkenalan dengan lebih lanjut dengan nurse, sebab tak boleh bercakap, boleh senyum jer. Dengan driver teksi pun siap tulis address rumah sebab tak boleh bercakap.
7. Waktu balik doktor akan bekalkan dengan tonsil yang telah di potong untuk kenang-kenangan.

Selepas operation dalam seminggu-dua kena jaga makan, tak boleh makan makanan berminyak. Nanti lambat sembuh. Jangan makan seafood + ayam. Nanti gatal tak boleh garu.

Doktor akan sarankan anda makan aiskrim + bubur.

Aku lambat baik sebab hari-hari makan bubur berisi udang + sotong. Gatal-gatal jadinya.

Sebulan lebih baru baik sepenuhnya.

Sebagai kenang-kenangan aku letak tonsil aku dalam peti ais. Nasib baik tak ada orang makan. Pernah makan meatball Ikea? rupa dia lebih kurang macam tu ler selepas ditinggalkan sehari dua dalam peti ais.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan