Santau (Angin)

Latar Belakang
Serbuk beracun mengandungi habuk kaca + kotoran.

Agen
Bukan DHL, Nationwide atau despatch office anda. Dihantar oleh Jin yang sangat rajin dan menurut perintah dukun ilmu santau (Sihir).

Bangsa
99.9 % kes yang dilaporkan adalah berketurunan melayu.

Jantina
Tidak kira jantina. Tetapi laporan menunjukkan kaum lelaki lebih ramai diserang.

Umur
Laporan mendapati 99.9% adalah kepada mereka yang berumur 15-18 tahun ke atas.

Sebab serangan
Terdapat 2 sebab utama:
1. Hasad dengki
2. Tidak puas hati

Simptom
Kerap demam (Kalau pergi klinik, doktor akan kata anda kena viral fever), lenguh-lenguh badan/tulang, panas-baran (Benda remeh-temeh, anda akan marah sampai hilang akal)

Pantang
Segala adik beradik buah limau (Mandarin, nipis, kasturi etc), Buah Nenas, Rebung.

Fizikal
Susut tubuh badan + tinggal tulang.

Ada orang yang tak percaya. Ada yang percaya. Aku termasuk dalam orang yang percaya, sebab aku pernah kena. Arwah abah pernah kena. Arwah Atok pernah kena. Lagipun ilmu sihir memang wujud. Walaupun tak boleh difikir secara logik. Dalam Qur'an pun ada sebut pasal sihir. Doktor klinik dan hospital yang merawat kami pun suruh cari perubatan alternatif.

Banyak duit yang habis waktu berubat. Ramai tukang ubat yang kami jumpa. Dari Harun-Din di Darul Syifa' hingga ke bomoh tipu di Kelang yang kejap-kejap masuk bilik yang consultation feenya mengalahkan doktor-doktor di Ampang Puteri, Gleneagles dan Pantai Bangsar. Kami pun rasanya boleh jadi tukang banci bomoh atau broker bomoh.

Dari rawatan menepuk daun di badan dengan bacaan ayat kursi hingga menyelam di Sungai Congkak diwaktu malam. Mungkin kerana keserasian dengan ustaz yang terakhir kami jumpa, Alhamdulillah, sihat seperti sediakala.

Kalau anda sakit-sakit dan doktor di klinik atau hospital tak tahu punca + tak dapat buat rawatan, silalah buat diagnosis dengan ustaz yang berdekatan.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan