
Ke One Utama Sekejap
Zaman aku dulu, gila kat Matchbox.
Sekarang Matchbox dah kurang kecunannya. Beli Hot Wheels. Ambil yang 5 dalam satu pack.
Dulu belikan RC, habis dijahanamkannya. Tayar kemana, kereta kemana, remotenya berderai. Baru-baru ni nampak dia belek-belek balik RC tu. Menyesal agaknya jahanamkan. Silap aku jugak, kecik lagi dah belikan RC.
Dah beli untuk abang, kena beli untuk adik. Kalau tidak adiknya mengamuk, walaupun birthday adiknya lambat lagi.
Sudahnya bini ambil tumbler Power Puff Girl (Adik panggil 'Po-of gerl), sempena beg Power Puff yang baru dibeli oleh mamanya.
Simpan dulu, belum tiba masa lagi.
"Kalau rosak Playstation ni, Cumi tak nak bagi apa-apa lagi" Waktu turunkan PS1 kat dia.
"Yelah" dia jawab.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|