Serangan secara tiba-tiba

Ahad pagi keluar makan nasi lemak dengan bini. Makan nasi lemak lauk sotong + nasi tambah, bini ambil ayam goreng. Sesudah makan bini nak ke Guardian cari barang.

Dalam perjalanan ke Guardian, kami berdua secara tiba-tiba diserang sakit perut. Mungkin sebab sambalnya yang pedas + tak berapa masak.

Dalam kepala nak mencari petrol station yang terdekat, nak balik rumah dah tak sempat. Kebetulan lalu di depan rumah rudy. Bini (hijau muka tahan sakit) bagi idea bernas untuk tumpang melepas beban di rumah rudy.

Berebut kami berdua nak masuk dulu. Nampak kelibat orang di dalam rumah.

"Assalamualaikum, tuan rumah ada?"

"Waalaikomsalam, tuan rumahnya belum bangun...masuklah" jawab neng rudy.

"Err...kami nak tumpang tandas" (Tanpa segan silu)

"Masuklah-masuklah, puannya didalam bilik air sedang mandi" "masuk bilik air belakang ya"

Setelah berebut tandas, kami berdua melepak kelegaan. Aishah masih belum keluar dari bilik air. Sudahnya kami keluar macam tu sahaja, tak sempat jumpa Rudy & Aishah.

Petang bila jumpa masa re-union.

Aku: "Pagi tadi aku tumpang buang air ler kat rumah kau, kau tak bangun lagi"

Aishah: "Patutlah aku dengar bising-bising, tanya maid, dia kata ada laki bini datang ribut-ribut sakit perut, kau rupanya"

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan