 |

Minyak Panas
Bini: Nanti ada kesan tak tangan I ni?
Aku: Tak lah, sikit jer tu.
Bini: Nanti re-union mesti kawan-kawan you cakap wife you tak lawa.
Aku: Kesitu pulak.
Tangan bini kena minyak panas sewaktu memasak 3 hari lepas. Akibatnya ada gelembung-gelembung timbul di kiri-kanan tangan. Tapi tak lah seteruk kakak aku. Gas dapurnya bocor mengakibatkan kakinya melecur + bengkak. Mujur tak meletup seluruh kabinet. Mujur tak meletup seluruh dapur. Mujur tak meletup satu block rumah. Lama jugak baru sembuh. Tak boleh pakai kasut tinggi. Hanya boleh berselipar ke office.
Malam tadi bini buat sup ayam. Aku buat ikan goreng kerisi bercili tanpa berbaju. Takut jugak bila fikir kalau minyak melompat ke perut aku. Mesti lagi teruk. Alamatnya perut aku yang licin macam kulit Adzim / Azalea melecur. Cepat-cepat tutup api.
Jika kulit anda terkena minyak panas, cepat cepat basuh dengan air atau letakkan putih telur. Jangan cuba-cuba letak butter, marjerin, minyak gamat etc. Ini akan memburukkan lagi keadaan. Selepas satu-dua hari, sapukan jelly gamat, Insya'Allah elok.
Waktu kaki Kakak melecur:
Aku: Ishh..teruknya.
Kakak: Hmmmm...
Aku: Rupa macam kaki Hobbit eh..
Kakak: Grrrrr.....
Ini bukan iklan jelly gamat
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|