 |

Lawaknya sesetengah orang Islam di Malaysia. Aku cakap sesetengah jer, bukan semua ya. Sesetengah tu maksudnya sesetengah kawan aku yang seagama.
Malam semalam bila Pak Lah suruh batal/tangguh konsert + pesta sempena Tahun Baru sebab bencana Tsunami.
Ramai yang marah-marah. Kata kenapa kena terlalu bersedih, hidup kena teruskan. Masa konsert tu lah nanti boleh sama-sama kutip derma.
Antara ramai-ramai yang bising termasuklah orang Islam kita sendiri.
Tahukah anda ke yang tahun kita ikut ni bukan ikut kalendar Islam. Kita ikut kalendar Kristian. Memang sepatutnya orang Kristian lah yang beriya-iya nak menyambut tahun baru.
Contohnya ya:
Year 256 BC. (BC = Before Christ)
Year 2004 AD. (AD = Anno Domini = In the year of Our Lord; date used in reckoning date after the supposed year Christ was born)
Penganut Kristian menyambut tahun baru ni sempena memperingati kelahiran Jesus Christ (Nabi Isa a.s). Maksudnya 'AD' menunjukkan Jesus Christ telah lahir. Biarlah diorang nak celebrate. Itu hak diorang. Kalau depa nak marah pun, sekurang-kurangnya ada lah sebabnya. Mungkin juga dengan sambutan tahun baru mereka ni boleh buat amal.
Ini tidak, kita yang Islam ni pulak sibuk berlebih-lebih nak menyambut dengan konsert itu-ini sempena tahun baru. Kita yang Islam ni juga sibuk buat konsert itu-ini.
Yelah negara ni agama berbilang kaum, tapi rasanya bila maulidur rasul contohnya, tak adalah pulak penganut Kristian/Buddha/Hindu tolong organize majlis-majlis keagamaan kita. Betul apa.
Penganut agama Kristian jangan lah salah faham. Aku bukan mintak/ungkit penganut Kristian tolong sponsor majlis keagamaan orang Islam.
Bukan ke dalam Islam nabi yang terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Bila tanya tarikh maulidur rasul tak ingat. Bila tanya bila tahun baru ikut kalendar Islam pun tak tahu.
Tak baik tau. Duduk diam-diam dah ler.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|