 |

Kereta Rosak
Sekian lama kita asyik bercerita pasal kawan-kawan yang riak, mari kita cerita pula tentang kawan-kawan yang baik-baik belaka.
Malam kelmarin 11.30 malam. dapat call dari Idee. Minta nombor telefon Mat . Setelah hampir 4 tahun tak bertemu, baru dengar suara. Katanya kereta kawannya tak boleh hidup. Minyak tak naik. Setelah berkali-kali membuat panggilan, Mat tetap tak angkat telefonnya, kata Idee. Dah tidur agaknya. Penat bekerja.
Keluar rumah untuk membantu apa yang patut. Bila relay untuk fuel pump kereta aku dipasang kekereta kawannya, engine pun hidup. Maka confimlah relaynya yang bermasalah.
Lepas semuanya selesai, kami pergi 'mengeteh' sampai pukul satu pagi. Berbual pasal kisah silam. Dari cerita kereta sampai ke cerita bini. 3 gelas teh, tiga kotak rokok habis dimakan 'monyet'.
Ideelah salah seorang kawan yang sangat merendah diri walaupun harta bapaknya melimpah ruah pada suatu masa. Kalau tengok orangnya tentu kita tak menyangka beliau adalah berketurunan Tengku yang berasal dari Terengganu yang merupakan orang nombor 2 dalam bidang pertanian di Malaysia suatu masa dahulu. Kami lost contact bila Idee di hantar ke Vietnam untuk menjaga ladang kelapa sawit.
Teringat semasa aku mula kenal Idee, dia bekerja sebagai mekanik di Directional. Hari-hari pakai t-shirt rock.Ke sana-sini hanya dengan motor lanun dan selipar jepunnya.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|