Selamat Hari Raya

Kepada semua yang memandu untuk pulang ke kampung, ingatlah isteri, anak dan keluarga masing-masing. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk, letih, terlalu laju, bergurau senda dan bermacam benda yang tak patut dibuat sewaktu memandu.

Bersabar, biarlah 8 jam sekali pun di atas jalan, daripada 1 jam di atas jalan lepas tu dah pergi ke alam lain.

Biarlah dapat bersembahyang raya bersama keluarga di masjid, daripada disembahyangkan oleh keluarga di masjid atau menyembahyangkan keluarga yang balik bersama.

Jika menikmati ketupat, lemang, rendang, kari dan lain-lain beringat-ingatlah. Janganlah makan sampai terkedang.

Raya pertama aku beraya kat rumah macam biasa, petang raya pertama ke rumah mertua, malamnya, kembali beraya kat rumah.

Esok deepavali, boleh pergi ambil kereta yang dah siap diserbis. Jumaat masih bekerja, next wednesday kembali bekerja.

Kepada semua kawan-kawan, Selamat Hari Raya...Maaf dipinta jika terkasar bahasa.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan