 |

Menyimbah Petrol Ke Api
Al-Fatihah untuk Fallujah.
Berhati-hatilah apabila berkata-kata. Janganlah sampai menyinggung perasaan orang yang menganut agama lain. Yang bersalah tetap bersalah. Bayangkanlah jika anda seorang yang beragama Christian atau beragama Buddha atau beragama Hindu sedang bersembahyang di dalam di tempat yang suci masing-masing seperti gereja/tokong/kuil. Kemudian datang sekumpulan masuk tanpa segan-silu menembak anda dan kawan-kawan anda yang tengah bersembahyang atau bertakafur, dengan alasan anda adalah suspek pengganas. Berfikirlah sebelum berkata. Kita harus akur yang kita di sini tinggal bersama pelbagai kaum, pelbagai agama. Daripada kita sibuk mencari kesalahan sesuatu kaum atau sesuatu agama, lebih baik kita mencari persamaan diantara satu sama lain. Kalau tak suka duduk kat Malaysia ni, silalah berhijrah ke tempat yang anda rasa lebih sesuai untuk anda.
Kita ni macam seronok sangat nak 'berperang' sesama sendiri. Seronok sangat masing-masing mencuba usik itu ini. Masing-masing dah betul-betul bersedia ke? Sibuk sangat nak bercakap pasal benda-benda yang kita tak payah cakap bagi aku. Banyak lagi benda kat Malaysia ni yang patutnya sama-sama kita boleh perbaiki. Contohnyalah.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|