 |

Kenapa?
Susahnya bila kita ditanya soalan-soalan yang kita tak boleh nak jawab atau malas kita nak jawab untuk sesuatu kes. Kat sini ada contoh jawapan untuk soalan-soalan yang masuk dalam ketegori pening bila nak jawab. Ada manusia yang jenis suka sangat tanya soalan-soalan macam ni dan boleh menyebabkan darah kotor naik ke kepala.
Apabila sesuatu kerugian berlaku, benda paling penting yang perlu kita tahu ialah sebab/punca atau pun cause untuk sesuatu kerugian itu berlaku. Pembayaran bergantung kepada terma serta peraturan sesuatu polisi akan dibuat apabila tiada unsur-unsur penipuan dan sebagainya dapat dikesan.
Berikut adalah contoh soalan yang aku maksudkan. Sila rujuk kepada contoh kes, soalan dan jawapan di bawah.
1. Contoh kes:
Kes pecah rumah/kecurian
Sebab
Pencuri pecah masuk
Contoh soalan:
Kenapa pencuri tu masuk ikut tingkap jamban? kenapa dia tak ikut tingkap dapur?
Contoh jawapan:
Nanti masa pergi ambik statement kat pencuri tu, bolehlah tanya dia nanti kenapa dia masuk ikut tingkap jamban.
2. Contoh kes:
Kes sakit/masuk hospital
Sebab
MVA
Contoh soalan:
Kenapa mesti masuk hospital? perlu ker masuk hospital?
Contoh jawapan:
Meh sini aku rodok perut kau dengan pedang samurai, tengok boleh tak pi klinik biasa jer.
3. Contoh kes:
Kes hospitalisasi
Sebab
Demam denggi
Contoh soalan:
Kenapa banyak sangat test yang doktor ni buat? relevant sangat ker test-test ni semua?
Contoh jawapan:
Doktor tu memang suka buat test banyak kali. Memang hobi dia tu.
4. Contoh Kes:
Kes Kemalangan
Sebab
Jalan berlubang
Contoh soalan:
Kenapa DBKL tak tar jalan tu?
Contoh jawapan:
Ni nombor DBKL 03-XXXXXXXX, sila telefon DBKL untuk dapatkan jawapan.
5. Contoh kes:
Bumbung rumah terbang/tercabut
Sebab
Ribut petir
Contoh soalan:
Macam mana boleh hujan semalam? kat sini tak hujan pun.
Contoh jawapan:
(Pening pikir lagi jawapan)
6. Contoh kes:
Banjir melanda kedai yang menyebabkan habis stok tak berguna
Sebab
Banjir
Contoh soalan:
Kenapa dia simpan stok kat situ jugak? kenapa dia takder store lain ker?
Contoh jawapan:
(Makin pening pikirkan jawapan)
(Soalan-soalan di atas adalah benar dan ianya berdasarkan pengalaman penulis dan rakan sekerja)
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|