Kasut Kesayangan

Aku memang suka pakai kasut polis aku. Dulu ada yang panggil aku sarjan, ada yang panggil aku Inspektor, sebab kasut aku. Kualiti, kesedapan dan daya tahan yang lama, buat aku sayang sangat kat kasut aku yang satu ni. Kasut yang lain tak sesedap kasut yang satu ni. Dah dekat 6 tahun bertahan. Cuma tapak silih berganti. Biasanya kalau orang sayang sesatu kasut, mereka akan pakai sekali-sekala. Aku lain, aku kalau sayang kat sesatu barang atau sesatu benda, aku akan pakai selalu. Jam aku, seluar aku, baju aku, bini aku...yang mana paling sayang, yang tu lah paling selalu aku pakai. Silap...bini aku bukan barang...heheheheh....

Cuma akhir-akhir ni rasanya dah teruk sangat. Dah malas rasanya asyik nak ganti tapak. Kasut yang lain tak sesedap rasa. Banyak sangat jasa kasut aku yang satu ni. Tapi apa boleh buat, dah terlampau uzur. Kata bini, nak hadiahkan kasut sempena birthday tuhari. Hint-hint kat bini yang aku berkenan sangat kat
satu kasut
ni. Nak jadikan kasut kesayangan.

Mengidamnyaaaaa.....aku.


Anda bagaimana? Ada kasut kesayangan?

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan