 |

Hari Raya, Hari Yang Mulia...Penuh Bererti Kepada Kita
Hari Raya 1, 2, 3 & 4
Raya per tama,
ke masjid sembahyang raya, kemudian balik rumah makan-makan. Kakak, Ipar, Adzim dan Azalea pun sampai. Pagi raya jugak Mak Ngah Solehah dan Abang Ad datang beraya ke rumah. Katanya, Kak Zura tak dapat datang sebab beraya di Nilai. Abang Halim memang masih di UK. Petangnya ke rumah mertua dan rumah Toknya. Balik rumah terkedang sebab penat. Sempat bini masak nasik dengan lauk sebab gian satu hari tak jumpa nasik.
Raya kedua,
pagi-pagi ke kubur abah dengan mak sebab semalamnya hujan. Lepas bersiap, aku ngan bini bertolak ke Rembau. Abah, mama dan Anne dah sampai sana dulu. First time beraya di kampung orang. Beraya dengan Pakcik-pakcik sebelah bapak mertua. Kami pergi dari rumah ke rumah. Asyik makan lemang dengan rendang kerbau. Badan pun dah naik bau kerbau. Heheehehe.... Pukul 10 malam baru bertolak balik ke KL. Hujan, dari rembau jem teruk before naik highway. Dalam pukul 1.00 baru sampai rumah. Still hujan renyai-renyai. Mak still berjaga tengok TV.
Raya ketiga,
duduk di rumah, rileks. Tak buat apa. Cadang nak ke rumah Pak Long bini di Tasik Puteri tapi tak jadi. Pak Longnya outstation raya-raya ni. Petangnya Nan and family sampai. Nan, katanya dari rumah Kak Zura di Nilai terus datang. Jemput datang beraya ke rumahnya di Melawati. Kena pikir dulu. Malamnya dalam pukul 9.00 ke rumah Idrus. Lepas tu ke rumah Kak Inab. Pukul 12.00 malam baru balik. Hari ni mama dan abah ke Ipoh hantar Anne balik ke UTP.
Raya keempat,
pagi sampai tengah hari rilek. Tader orang datang rumah. Petangnya, Abang Zol dan family, kawan-kawan dari ofis lama datang beraya. Siti pun datang rumah dengan boyfriend barunya. Siti anak Kak Gie tidur sini, boyfriendnya balik rumah. Katanya, esoknya baru mak ngan abah dia sampai. Mama ngan abah pun datang beraya. Kawan baik arwah abah yang tinggal di Keramat pun singgah. Malamnya neighbour kami sebelah rumah dulu sampai dari Tapah. Duduk sembang lama. Mak ngan bini duduk sembang dengan wife dia kat dalam. Aku sembang ngan husband dia kat luar. Rupa-rupanya hidup depa kat sana teruk, bisnes jatuh sampai tak cukup makan anak-anak. Anak-anak tidur sampai tak bertilam. Kereta depa terbakar sebelum raya. Datang sini pinjam kereta adik depa. Makan pun miss kadang-kadang. Familynya pun dah macam buang depa ni, sebab susah. Dulunya abang ni ngan wife dia kira ok. Husbandnya bekerja, selalu ke ke luar negara bekerja, wifenya pun bekerja. Tapi since masing-masing berenti kerja sebab nak berniaga, habis semuanya. Sudahnya mak sedekah bantal, kusyen, carpet, barang-barang dapur dan sedikit duit raya. Mak cakap kat aku dia tak sampai hati dengar cerita akak ni, sedih sangat. Mak cakap kat dia, kami pun bukan orang senang, setakat nak tolong sikit-sikit tu bolehlah. Lepas tu jiran kami yang hujung datang beraya. Pukul 2.00 baru tidur sebab buat ketupat pulut untuk di bawa ke ofis bini.
TV di hari raya.
Tengah duduk-duduk layan TV kat rumah.
"Ada Ria, Adaaa Raya", "Raya ni, macam-macam adaaaa"
Aku: Hishh..naik lebam asyik tengok muka pakcik ni..."
Anne: Kesian kan pakcik ni, dah tua-tua pun kena jadi mascot..."
Bini: Gelak.
# Aku Tak Reti | Permalink |
|
|
|
|


online
Layout oleh: Mat Jan
|
|