Experiment

Setelah membuat beberapa risikan dan soal siasat dengan rakan seofis yang kebetulan berasal dari Terengganu dan juga Yeng sendiri, inilah hasilnya:

Bahan-Bahan + Barang-Barang:

Nasi putih yang dah siap dimasak.
Telur
Udang Kering
Hati Lembu
Garam
Kunyit
Fishball (Optional, kalau suka boleh letak, aku tak nak letak sebab tak suka)
Air masak
Sudip
Garfu
Minyak masak
Tapis

Cara-cara memasak:

1. Masak nasi seperti biasa (terpulang kepada anda berapa orang nak makan)

2. Pecahkan telur (ikut suka berapa biji), kacau (kocak macam buat telur dadar) telur dengan menggunakan garfu, campur sedikit air masak.

3. Panaskan minyak dan kuali, masukkan telur yang dikacau tadi dengan menggunakan tapis. Telur tersebut akan menjadi kepingan-kepingan nipis dan rangup (hasil campuran dengan air masak tadi), Ulang proses ini sampai telur anda habis (?). Kemudian, ketepikan telur yang digoreng tadi.

4. Ambil beberapa biji telur untuk direbus. Selepas telur tadi siap direbus, ketepikan ianya.

5. Basuh kuali tadi (yang diguna untuk menggoreng telur), masukkan minyak baru dan masukkan udang kering. Goreng secukup rasa. Kemudian ketepikan udang kering anda.

6. Ambil hati lembu, kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Perap seketika. Panaskan minyak dan kuali. Goreng hati lembu. Jangan sampai terlalu garing. Kemudian ketepikan ianya.

7. Ambil telur rebus tadi, Ambil telur putih sahaja. Potongkan ia kecil-kecil, sekecil mungkin (potong dadu). Dah siap dipotong, ketepikan dulu. Ambil telur goreng tadi dan potong-potong (Tak perlu potong kecil-kecil)

8. Ambil hati lembu yang dah siap digoreng tadi, potong juga ianya kecil-kecil, kemudian ketepikan dahulu.

9. Ambil nasi putih anda, masukkan dalam bekas/besen yang besar. Ambil udang kering, telur goreng, telur rebus dan hati lembu. Gaulkan bahan-bahan ini ke dalam nasi putih. Gaul guna sudip/garpu. Jangan pakai tangan, nanti orang lain tak lalu makan. Telur goreng yang rangup tadi akan menjadi hancur sendiri apabila digaul.

10. Apabila semua bahan sudah rata digaul, ambil minyak yang digunakan untuk menggoreng hati lembu tadi, masukkan sedikit ke dalam nasi dan gaullah ianya serata mungkin atau sepuas hati.

Dah siap untuk dimakan.

Biasanya Nasi Telur akan dimakan bersama acar timun. Acar timun aku tak reti buat. Nanti kena suruh mak masak.

Sedap dimakan panas-panas. Kata Yeng. Kalau nak tambah lauk lain pun boleh katanya. Boleh buat ayam goreng, ayam masak merah.

Weekend ni nak cuba buat experiment ni. Hasilnya akan diberitahu kemudian.

Sekian terima kasih.


Update:

Potong dadu hati lembu dulu, baru goreng. Kalau goreng baru potong takut dalamnya tak masak. (Salah info tadi)

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan