Tandas Islam

Sedang anda bersiar-siar atau menunggu kawan/bini/girlfriend, tiba-tiba anda diserang sakit perut yang amat sangat, perut anda bagai disentap-sentap. Isi perut memaksa-maksa untuk dikeluarkan. Anda bergegas mencari tandas. Tanpa membuang masa, tanpa melihat kiri-kanan anda melondehkan seluar dan duduk untuk menghilangkan kesengsaraan anda. Tiba-tiba, selepas sudah menyelesaikan hajat anda, tiba-tiba anda sedar, Aisehhh!! paip air takder, yang ada hanya segulung tisu melekat di dinding tandas.

Kejadian ni hampir-hampir berlaku kat aku tengah hari tadi. Pergi ke Sheraton jumpa in-law sebab nak collect barang dari dia. Aku tunggu kat ground floor. Sampai-sampai di Sheraton perut aku sakit yang amat sangat. Sepantas kilat aku mencari tandas (kawan aku pernah cakap, buang air besar ni bukan macam bas boleh ditahan-tahan). Masuk-masuk tandas punya cantik, bersih dan wangi. Makin bersemangat aku nak melepaskan hajat aku kat situ. Pilih tandas yang hujung sekali, masuk-masuk jer, nasib baik aku check dulu, tengok-tengok paip takder. Yang ada tisu jer. Tension. Perut makin meragam. Tapi nak buat macam mana, bila aku tengok tandas dia satu-satu, confirm memang takder paip air. Sudahnya daripada in-law aku turun, sampailah aku tunggu monorail balik office, aku terpaksa buat senaman kemutan. Naik pucat muka. Bernafas pun slow-slow. Sampai office baru dapat melepaskan hajat.

Kadang-kadang bengang pun ada. Benda-benda macam ni pun boleh jadi. Kita ni katanya negara Islam. Yelah, tak semua tandas yang takder paip, banyak tandas yang memang ada. Tapi sepatutnya kemudahan-kemudahan yang remeh temeh untuk orang Islam macam ni kena lah ada. Orang Islam kalau buang air kecil atau besar kena bersuci pakai air. Lainlah kalau kat padang pasir, boleh lah pakai batu. Maknanya kena basuh dengan air. Bukan basuh pakai tisu, plastic, sapu tangan, kertas surat khabar etc. Rasanya orang bukan Islam pun ada yang bersuci pakai air.

(Cerita aku ni applicable untuk orang Islam & orang-orang yang basuh kencing atau berak pakai ayaq)

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan