Sembahyang Jumaat di Kuala Lumpur

Hari ini hari Jumaat. Hari Jumaat orang laki-laki pergi Sembahyang Jumaat. Sembahyang Jumaat dalam bulan puasa sangat besar bezanya dari sembahyang Jumaat sewaktu bulan tak puasa. Bezanya besar dari segi jumlah orang yang datang sembahyang Jumaat. Waktu bulan puasa nilah nak tengok orang macam nak bergaduh berebut saf. Waktu ni jugaklah kalau berjalan dalam masjid boleh berlaga buku lali dengan orang lain. Memang orang ramai. Bila dah ramai sangat orang, kita akan nampak senario yang kadang-kadang lawak lagi kelakar. Waktu bulan puasa ni lah tengok muka masing-masing yang datang dengan muka bengis. Boleh bergaduh kalau potong queue nak ambik wuduk. Waktu bulan puasa ni jugaklah kalau silap-silap dah sampai masjid, tak dapat berjemaah bersama-sama. Kawan aku Ares, pernah cakap "Huh, pelik aku, bulan puasa punyalah ramai maknusia tak pernah-pernah macam ni, waktu bulan tak puasa biasa jer, dah nak kiamat ker?"

Di Kuala Lumpur ni memang banyak masjid, surau kalau kita nak pergi. Macam aku, aku pilih, kadang-kadang pergi masjid KLCC, kadang-kadang pergi Tabung Haji, kadang-kadang pergi masjid Jamek. Tapi selalunya aku suka pergi Masjid Negara sebab boleh sembahyang dengan selesa (Tidak terlalu padat sampai susah nak sujud). Kadang-kadang pulak 'terlampau selesa' sebab makmun dalam saf berdiri terlampau jarak sesama sendiri. Memang aku prefer ke Masjid Negara, lebih-lebih lagi kalau bulan tak puasa. Nasik campur makcik yang dekat JAWI tu memang sedap dan reasonable harganya.

Macam masjid KLCC pulak lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni, kalau lambat sikit sampai alamatnya kena sembahyang atas tangga. Kalau skill anda tak cukup tinggi, mungkin waktu sujud anda boleh tergolek. Tabung Haji pulak kalau sembahyang di bawah, kadang-kadang air-cond nyer tak on. Macam duduk dalam microwave rasanya.

Ingat lagi masa tahun 96 masa tu mula kerja. Tempat aku sembahyang Jumaat ialah di surau belakang Balai Polis Dang Wangi. Waktu tu aku masih bingung lagi. Pergi sembahyang Jumaat, dalam hati dok pikir waktu masuk dah lama, kenapa tak khutbah-khutbah lagi, asyik dengar macam orang pasang kaset arab jek. Rerupanya khutbah dalam bahasa Pakistan. Bingung betul aku waktu tu. 'Masjid' Dang Wangi jugak lah anda boleh nampak orang memilih untuk sembahyang di saf mereka sendiri (Biasanya tempat yang teduh). Kat hujung sana ada 3 orang, kat hujung sini ada 2 orang. Kesimpulannya saf mereka ini berselerak. Kalau waktu hujan lagilah kelakar. Kadang-kadang bila lepas bagi salam jer, tengok-tengok belakang kalau waktu angkat takbir tadi punyalah ramai orang, tiba-tiba jer yang ramai-ramai tadi hilang. Macam-macam.

Kesimpulannya bagi aku, apa pun kena datang masjid awal-awal kalau nak selesa sembahyang Jumaat.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan