Masak Kicap Tok Jah

Hari minggu dua hari lepas. Pagi-pagi dah keluar rumah pergi pasar Selayang. Pi beli kat pasar Selayang ni barang consider murah dan fresh dari pi beli kat Giant, Tesco, dan mana-mana hypermarket yang seangkatan dengannya. Beli stok makanan. Bini dan mak jer yang pergi membeli belah. Aku tidur dalam kereta. Aku memang malas ikut bini atau mak kalau bab membeli belah barang dapur. Jadi driver takper. aku tertidur dalam kereta sampai termimpi-mimpi sementara depa pi beli belah.

Mak beli daging batang pinang, sayur-sayuran, buah lai dan suratkhabar. Bini aku beli sotong, udang, ikan bawal, ikan kembung, sawi dan pelbagai barangan kering. Tak boleh beli barang banyak sangat sebab peti ais kami kecik.

Petang tu bini aku buat ikan bawal 'sweet + sour' dan sayur campur. Aku buat udang goreng dengan buttercup. Mak pulak buat daging masak kicap Tok Jah dan meranti masak lemak. Masak kicap Tok Jah berbeza sedikit dengan masak kicap biasa. Masak kicap Tok Jah dinamakan sempena nama nenek aku, Tok Jah. Tok Jah yang mengajar mak buat masak kicap ni. Disebabkan masak kicap ni lain sikit dengan masak kicap biasa, kami pun panggil masak kicap Tok Jah. Mak cakap masak kicap ni masakan orang Kedah. Yelah, dah mak aku keturunannya memang orang Kedah.

Masak kicap ni seperti biasalah memang kena letak kicap. Tapi ada additional rempah yang turut sama dimasukkan seperti lada hitam, jintan dan rempah yang aku tak berapa tau nama dia. Hirisan bawang besar dimasukkan bila daging dah masak. Lazatnya tak terkira. Kira-kiranya aku rasa dah 4-5 tahun mak tak buat masak kicap Tok Jah.

Hasilnya, dengan semua lauk pauk yang dimasak, especially dengan masak kicap Tok Jah, habis nasik seperiuk. Kami bertiga tak bangun sahur sebab terlampau kenyang. Kalau ada orang sakit paru-paru berair, hari tu kami sakit paru-paru bernasik.

# Aku Tak Reti | Permalink |

 

Sembang



Dulu-Dulu

Mesti Jenguk

Macam-Macam

online

Layout oleh: Mat Jan